Jumaat, 26 Disember 2008

AWAL MUHARRAM MAAL HIJRAH 1430H




Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar, kita sudahpun berada di penghujung bulan Dzul Hijjah 1429 dan tidak lama lagi tahun baru bagi umat Islam, 1430 Hijriyyah akan menjelma dan meninggalkan tahun 1429 di belakang sebagai sejarah buat kita semua. Hari yang berlalu sesungguhnya tidak akan sekali-kali kembali kepada kita. Begitu juga dengan usia kita - pergi tak kembali.


Persoalannya, adakah kita mengambil iktibar tentang perjalanan hidup kita pada tahun ini yang tidak akan kembali lagi? Apakah perasaan kita terhadap tahun yang telah berlalu? Apakah pula persiapan dan azam kita untuk tahun yang bakal menjelma?

Maka sama-samalah kita bermuhasabah diri ini di samping mengambil pedoman daripada pengalaman yang lalu, renungi segala kesilapan dan kesalahan agar kita dapat memperbaikinya untuk tahun baru ini pula. Renungi dan hayatilah penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat dari Makkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang penghijrahan mereka.

Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama juga meng'hijrah'kan diri kita iaitu daripada sikap yang kurang baik kepada yang baik. Daripada sikap yang baik kepada yang lebih baik. Perbaharui niat dan azam kita, semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah SWT, Amin.

Selamat menyambut Awal Muharram 1430H!

Jumaat, 19 Disember 2008

PAUSE! IT'S PRAYER TIME

Video ini menceritakan tentang betapa pentingnya solat itu dalam kehidupan seseorang Islam, sehinggakan ketika di akhirat nanti solat merupakan amalan yang mula-mula sekali dihisab. Orait, jom solat!

Isnin, 15 Disember 2008

NASIB PEMIMPIN PALING DIBENCI DI DUNIA


Peristiwa ini akan menjadi kenangan pahit buat Bush di saat-saat akhir menjadi presiden. Itulah akibatnya apabila menjadi pemimpin yang zalim.

Ahad, 14 Disember 2008

DAMAI YANG HILANG

Video nasyid Islami tentang umat Islam kini ni ana sengaja hidangkan untuk tatapan semua...

Mungkin banyak yang dah tonton video ni...

Tapi sengaja ditunjukkan semula untuk menginsafi diri dan sebagai peringatan...

ANTARA NAFSU DAN AKAL


Dalam sebuah kitab karangan `Utsman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Al-Khaubawiyyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan akal, maka Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Wahai akal mengadaplah engkau!" Maka akal pun mengadap di hadapan Allah SWT, kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai akal berbaliklah engkau!" lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai akal! Siapakah aku?" Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai akal! Aku tidak menciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah SWT menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud: "Wahai nafsu mengadaplah kamu!" Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah SWT menyeksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu menjawab, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah SWT menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah SWT mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat. Oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita kerana jika dia yang mengawal kita nescaya kita menjadi musnah.

P/S: Bawa-bawalah berpuasa, ye! Hidup hanya sekali, buatlah bekal persediaan mati...

Selasa, 9 Disember 2008

TAK NAK! COUPLE


"Ya Allah... jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu
agar aku bertambah kekuatan
untuk aku mencintai-Mu"

"Cinta itu suci,
ia tak boleh dinodai dengan kemaksiatan,
tetapi perlu diraikan dalam redha-Nya..."

Tak nak! Couple...

Sekian kelas untuk hari ini.

Yahoo! Malaysia...

PERKARA SUNAT HARI JUMAAT

http://masando.files.wordpress.com/2008/06/masjidil20haram.jpg

Ketahuilah bahawa hari Jumaat adalah hari yang paling agung yang Allah SWT sengaja jadikannya sebagai tanda kebesaran Islam dan diistimewakan pula untuk kaum Muslimin. Dalam hal ini Allah berfirman:

"Apabila dipanggil untuk solat hari Jumaat, maka berangkatlah untuk berzikir kepada ALLAH dan tinggallah berjual beli itu." (Surah Al-Jumu`ah ayat 9)

Jelaslah bahawa di saat itu keharaman bekerja untuk urusan keduniaan atau melakukan segala yang menyebabkan terlalainya pergi untuk bersembahyang Jumaat sebagai contoh kita sebagai hamba yang leka dengan hal-hal dunia sebagai contoh rancangan televisyen yang sentiasa mengajak kita berhadapan dengan maksiat. Sabda Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat"
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Barangsiapa meninggalkan solat Jumaat 3 kali tanpa adanya keuzuran, maka Allah telahpun menutup pintu hatinya"
(Diriwayatkan oleh Ahmad Ashabus Sunan & Hakim)

http://pedia.muftisays.com/images/f/f5/MasjidAnNabawi.jpg

Pada hari Jumaat disunatkan:-
  • Mandi iaitu dilakukan pada waktu yang terdekat kemudian berangkat ke masjid supaya jarak waktu kebersihan dengan waktu melakukan solat adalah panjang.
  • Mencukur rambut.
  • Memendekkan kuku.
  • Mengenakan haruman.
  • Mengenakan pakaian yang terbaik.
  • Setelah masuk ke masjid, maka bersembahyanglah dua rakaat, sekalipun Imam sedang berkhutbah.
  • Mencari saf yang pertama yang mempunyai banyak keistimewaan.
  • Dimakruhkan melakukan solat di pasar atau di lantai yang berada di luar masjid.
  • Memperbanyak selawat ke atas Nabi SAW serta malam Jumaat.
  • Memperbanyak sedekah pada hari Jumaat.
Pada hari Jumaat inilah kita sepatutnya menggunakan dengan sebaik mungkin, dengan disertakan bermacam-macam perbuatan yang baik, kerana Allah SWT itu sangat menyukai hamba-hambanya yang mengabdikan diri kepada-Nya...

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA


Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki, contohnya dalam hal penyaksian. Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.


Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa yang terjadi pada masa kini, wanita sudah tiada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batasan, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu sudah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal sudah kehilangan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah, lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua: pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apakah tindakan kita sekarang?

JENIS-JENIS AIR MATA

Banyak air mata yang
Mengalir di dunia ini
Sumbernya dari mata
Mengalir ke pipi,
Terus jatuh ke bumi
Mata itu kecil sahaja
Tidak pernah kering airnya
Ia berlaku setiap hari
Tidak putus-putus

Sepertilah air sungai yang mengalir
Ke laut...tidak pernah berhenti
Kalaulah air mata itu ditampung
Banjirlah dunia ini

Air mata itu
Bermacam-macam jenisnya
Ada air mata sedih
Ada air mata gembira
Ada air mata kasih
Ada air mata simpati
Ada air mata kecewa

http://i127.photobucket.com/albums/p145/Bluepeep88/tears.jpg

Air mata sedih mungkin dimarah ibu
Atau dimarah guru dan lain-lainnya
Air mata gembira bermacam-macam juga
Di antaranya dapat markah cemerlang dalam tugasnya

Air mata kasih
Melihat anak yang tercinta
Atau ibu yang tersayang
Air mata simpati
Melihat orang miskin
Papa dan seumpamanya

Air mata kecewa banyak contohnya
Di antaranya suami kahwin lagi
Orang yang dicintai
Tidak membalas cintanya
Harap dapat kerja
Tapi ditolak aja
Begitulah sebab-sebab air mata
Mengalir dari sumbernya


http://i89.photobucket.com/albums/k208/ateh_wajia/060924_muslim.jpg

Lumrahnya ia mengalir
Kerana dunia
Jarang sekali ia mengalir
Kerana sedih membuat dosa
Susah sekali air mata hendak
Mengalir kerana kebesaran Tuhannya

Payah sekali air mata
Hendak mengalir kerana sensitif
Dengan nikmat Tuhannya
Yang Al-Hannan
Yang Al-Mannan
Jarang berlaku air mata
Mengalir kerana dosa
Alirkan air mata sebanyak-banyaknya
Kerana takut kepada Tuhan
YANG MAHA PENCIPTA...

Rabu, 3 Disember 2008

HILANG SABAR


  • Orang sabar dalam ibadah, tekun, dan ikhlas. Bila kita, beribadah masa susah saja.
  • Orang sabar ketika mendapat sesuatu bala dan bencana. Bila kita, salahkan orang lain punca bala.
  • Orang sabar terhadap maksiat, menahan nafsu. Bila kita, pantang terlihat, mudah terpedaya.
  • Orang sabar dalam perjuangan tidak putus asa. Bila kita, kecewa sikit mula tak keruan, hilang pedoman.
  • Orang sabar terhadap pengaruh kehidupan duniawi. Bila kita, lalai dan leka dengan kemewahan hidup dunia yang serba canggih.
Sekian kelas untuk hari ini.

Yahoo! Malaysia...

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:

"TERMASUK KESEMPURNAAN IMAN IALAH SABAR DAN BERLAPANG DADA."
(RIWAYAT TABRANI)

PERANAN MUSLIMAH SEBAGAI PENDAKWAH


Penglibatan wanita dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh wanita yang terdahulu seperti Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan iman dan islam. Sayyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat. Ummu Umarah Nusaibah binti Ka`ab yang bermati-matian di medan Uhud. Sumayyah Ali Yasir sebagai orang pertama mendapat gelaran syahid. Mereka adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi dalam rumahnya.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan wanita di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala Rawathib al-Jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) yang juga Rawathib al-Isti`mariah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelosok dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekhkan kaum wanita.

Sifat Islam sebagai Deenul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia sama ada lelaki atau wanita adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat.


Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahupun pembalasan di akhirat nanti.

Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini. Setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam realiti. Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dakwah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA