Jumaat, 20 Mac 2009

ANDA MEMPUNYAI KOMPAS HIDUP?



Tahukah kalian...

Kompas amat penting dalam kehidupan manusia terutamanya ahli pelayaran dan ahli falak dalam menentukan kedudukan bintang dan matahari dalam kajian mereka.

Begitu juga dengan kehidupan manusia untuk menentukan arah dan halatuju kehidupan agar tidak tersasar jauh daripada landasan sebenar.

Tanpa kompas, anda akan mudah tersesat dalam perjalanan. Demikian juga dengan diri kita, kompas di dalam diri adalah TAQWA.

Taqwa ialah kompas di hati yang memastikan manusia sentiasa berjalan mengikut panduan syariat di mana saja kita berada.

Jadi, perlulah setiap individu muslim menanamkan sifat taqwa dalam diri iaitu takut kepada Allah atau buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Kita aplikasikan dan hadamkan sifat taqwa dalam diri, Insya-Allah anda akan menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang di dunia dan di akhirat.

Khamis, 19 Mac 2009

FAEDAH-FAEDAH MEMBACA AL-QURAN



  • Mendapat kejayaan dan hidup bahagia di dunia dan di akhirat jika disertakan dengan amal soleh iaitu menghafaz Al-Quran.
  • Memantapkan ingatan dan minda, sebab itu kita dapati para Hafiz Al-Quran mempunyai ingatan yang kuat, tetap dan mantap.
  • Mempunyai ilmu yang luas, sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran.
  • Jiwanya tenang dan berakhlak mulia.
  • Petah bercakap dan dapat bertutur dengan lancar kerana sering melatih dan menyebut huruf-huruf Al-Quran dengan baik ketika membacanya.

Selepas antum membaca faedah-faedah membaca Al-Quran di atas, jadi apa kata selepas ini kita menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai hobi atau bacaan harian. Paling tidak pun membaca satu ayat Al-Quran sehari. Tetapi lebih baik jika kita membaca Al-Quran sehari semuka dengan penuh istiqamah dan konsisten atau menghafaznya sekali. Jazakallah.

SESIAPA...

http://img371.imageshack.us/img371/1924/kartun2vd.gif

SESIAPA...

Yang meninggalkan percakapan yang berlebihan
akan dikurniakan kebijaksanaan

Yang meninggalkan pandangan yang berlebihan
akan dikurniakan hati yang khusyuk

Yang meninggalkan makan yang berlebihan
akan dikurniakan kekuatan untuk beribadah

Yang meninggalkan ketawa berlebihan
akan dikurniakan kekuatan dalam diri

Yang meninggalkan gurauan yang berlebihan
akan dikurniakan keindahan hati

Yang meninggalkan kesibukan yang berlebihan
akan dikurniakan kesempatan membaiki diri

Yang meninggalkan cinta dunia yang berlebihan
akan dikurniakan cinta akhirat

P/S: Fikir-fikirkanlah sajak di atas...

Sabtu, 14 Mac 2009

ADAKAH KAU LUPA


Artist: Alarm Me
Title: Adakah Kau Lupa


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya

Adakah kau lupa

Kita pernah berkuasa


Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayari samudera

Keimanan juga ketaqwaan

Rahsia mereka capai kejayaan


Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan


Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan

Keikhlasan hati dan nurani

Ketulusan jiwa mereka berjuang


Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya

Merubah mengangkat maruah

SALAM MAULIDUR RASUL 1430

Walaupun 5 hari yang lepas kita sudah menyambut ulang tahun kelahiran insan teragung di dunia ini, Muhammad Sallallahu alaihi wasallam (SAW), namun ana sengaja hendak paparkan di sini tentang perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam yang tercinta ini. Di sini ana hidangkan sebuah lagu untuk tatapan pelawat yang berkisar tentang yang empunya Rasulullah SAW. Selamat menonton dan menghayati lagu ini! Allahumma Solli `ala Sayyidina Muhammad `Abdika wa Nabiyyika wa Rasulikan Nabiyyil Ummiyyi wa `ala Alihi wa Sohbihi wa Barik wa Sallim...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA