Ahad, 17 Oktober 2010

ADAKAH INI POST TERAKHIR?



Assalamu `Alaykum. Kepada pengunjung setia blog ana, mungkin ini merupakan post terakhir ana dalam blog ini kerana ana akan banyak memberikan tumpuan dalam Facebook. Jadi, kepada sesiapa yang ingin berhubung dengan ana, silalah layari pautan ini: Khalifah Al-Hamas. Syukran atas sokongan yang antum berikan kepada ana sepanjang dakwah ana melalui blog ini. Sekian, wassalam.

P/S: Tetingkap di atas merupakan halaman khusus bagi pelajar Tingkatan Tiga 2010 Madrasah Idrisiah.

Ahad, 19 September 2010

DOAKAN KEJAYAANKU...


Assalamu `Alaykum semua pengunjung setia blogku.

Pada 5 Oktober 2010 ini, Insya-Allah peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula. Jadi, ana ingin memohon jasa baik antum untuk mendoakan kejayaan ana dalam peperiksaan tersebut. Maafkan diri ini andai tersalah kata, tersilap bicara, dan lain-lain yang menyinggung perasaan antum. Semoga amalan kebajikan yang kita lakukan diberkati Allah SWT, Amin...

Selamat Maju Jaya!

Jumaat, 17 September 2010

AKU, LIM, DAN ISLAM



Dipetik dari Facebook


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/S : Sebagai Tauladan...

Jumaat, 10 September 2010

ADAB MENGAKHIRI RAMADAN DAN MENYAMBUT `IDUL FITRI


  1. Allah menyuruh kita supaya mengiktiraf akan kebesaran-Nya dengan mengucapkan 'Takbir' pada malam `Idul Fitri dengan gema yang mampu menggegarkan para syaitan.
  2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala nikmat-Nya dengan bertahmid dan berzikir.
  3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
  4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan Sadaqatul Fitr (membayar zakat fitrah).
  5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat `Idul Fitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
  6. Bertemu, beramah mesra, dan bermaaf-maafan sesama muslimin.
  7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.
  8. Kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.
~Salam `Idul Fitri daripada Khalifah Hamas al-Jauhariy (Ahmad Muhaimin)~

Jumaat, 3 September 2010

RAMADAN, PEMERGIANMU DITANGISI...


Semarakkan Ibadah pada Sepuluh Akhir Ramadan

  • Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
  • Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.
  • Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada `Aisyah RHA yang bermaksud: "Adalah Rasulullah SAW apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadan) baginda akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri)" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Mandi antara Maghrib dan `Isyak serta menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutamanya pada malam-malam ganjil.
  • Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".
  • Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Diriwayatkan daripada Ibnu `Umar RHMA katanya: "Biasanya Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan".
  • Membayar zakat fitrah, zakat harta, dan zakat pendapatan. (P/S: Zakat Fitrah RM7 bagi Daerah Kuala Kangsar)
  • Memperbanyak sedekah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadis, antara tanda-tandanya ialah:
  1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
  2. Terbit matahari pada pagi esoknya dalam keadaan putih bersih bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
  3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya walaupun matahari sangat cerah dan terang-benderang.

Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar

  1. Supaya kita berusaha mendapatkannya.
  2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
  3. Memperbanyak doa untuk memperolehinya.
(Untuk info tambahan mengenai Lailatul Qadar, sila klik di sini)

Jumaat, 27 Ogos 2010

MODAL BERLAWAK


Hadis:" Keaiban orang bukan modal berlawak "

RASULULLAH bersabda maksudnya : "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Hadis di atas mengingatkan umat Islam mengenai tata susila dan ketertiban ketika berbicara. Kita diingatkan tidak berbicara dengan mengarang cerita dusta untuk dijadikan bahan ketawa.

Contohnya, perbuatan seperti melawak, berjenaka atau bergurau senda memang boleh membuatkan seseorang itu ketawa. Ia dapat menggembirakan atau menggelikan hati orang lain.

Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan. Rasulullah juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Bergurau mempunyai adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

• Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah.
• Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
• Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
• Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
• Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
• Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau pada waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
• Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
• Sesungguhnya Rasulullah apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Selasa, 10 Ogos 2010

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1431 HIJRIAH

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat serta barakah-Nya, kita masih dipanjangkan umur sehingga kita bertemu dengan penghulu bagi semua bulan, iaitu bulan Ramadan. Rebutlah peluang yang hadir ini dengan sebaik mungkin. Lipatgandakan amal kebajikan kita serta hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melaghakan dan mendatangkan dosa. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT, Insya-Allah... Di sini ana telah meletakkan sebuah artikel yang di'copy' dari iLuvislam.com. Selamat membaca!

____________________________________________________________

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

 
Bulan Islam

 

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.
 
 
Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.
 
Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.
 
 
Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.
 

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.
 
 
Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.
 
 
Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.
 
 
Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”
 
 
Inilah puasa yang hakiki..
 

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku. 
 
 
Glosari:
1) syuruk: waktu terbit matahari
2) ghurub: waktu terbenam matahari

Sabtu, 10 Julai 2010

DOSA-DOSA KETIKA MENGGUNAKAN FACEBOOK





Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
 
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
 
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
 
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
 
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
 
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
 
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
 
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 
 
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
 
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya
 
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
 
a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat. 

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
 
    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
 
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik. 

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman

Sabtu, 12 Jun 2010

USUL 20


*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas*



*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas*

Assalamu `Alaykum Wa Rahmatullah...

Dengan Nama Allah... Berikut ialah ringkasan Usul `Isyrin (Usul 20) yang menjadi pegangan Jama`ah Ikhwanul Muslimin. Semoga dengan ini akan lebih mudah difahami dan diingati.

____________________________________________________________________


1. Islam ialah agama yang menyeluruh dan lengkap.


2. Al-Quran dan as-Sunnah ialah rujukan asas dalam perundangan Islam.


3. Iman sejati, ibadah yang sah, dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, serta mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum agama.


4. Tangkal atau jampi selain ayat al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) ialah mungkar yang wajib dibanteras.


5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai pelbagai tafsiran.


6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah SAW tidak semestinya betul dan diterima.


7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu daripada empat mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.


8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.


9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.


10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.


11. Semua Bid`ah yang tiada asas Syarak adalah mungkar yang wajib dibanteras.


12. Bid`ah Idafiah, Bid`ah Tarkiah, Bid`ah Iltizamiah adalah khilaf Ulama'.


13. Keramat boleh berlaku kepada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi manfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.


14. Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah SAW. Jangan dicampur dengan perbuatan bid`ah.


15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf Ulama' dan bukan dalam masalah `Aqidah.


16. Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai oleh orang ramai.


17. Amal hati lebih utama daripada amal anggota. Kedua-duanya penting.


18. Islam mengangkat peranan akal manusia.


19. Tiada pertembungan antara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.


20. Kita tidak mengafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Jumaat, 16 April 2010

PARIS LIFE: MAIN SUAP-SUAP


*Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas*

Sabtu, 20 Mac 2010

KONSPIRASI DAJJAL DI PADANG BOLA

clip_image001

clip_image002

Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentah benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (nind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazier merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).

Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not $USD 1.00, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:

clip_image001[1]

clip_image003

clip_image005

clip_image007

Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.

clip_image008

clip_image010

clip_image012

Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:

M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+1=13

Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.

E dan R
E=5, R=18
18-5=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan salib Kristian:

clip_image014
Salib Knight Templar

clip_image016
Salib Kristian

clip_image002[1]

Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juka terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13, 13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka. Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam.

clip_image018

clip_image020

Ini kad permainan illuminati

Khamis, 18 Mac 2010

KERJA KURSUS SEJARAH DAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2010


Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Alhamdulillah, pada kesempatan ini ana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus hidup serta menjalankan amar ma`ruf dan nahi munkar. Di sini, ana ingin membantu rakan-rakan kita daripada tingkatan tiga yang mana pada tahun ini mereka (termasuk ana) ditugaskan untuk membuat kerja kursus bagi subjek Sejarah dan Geografi. Oleh itu, ana telah meletakkkan pautan-pautan di bawah ini tentang maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus pada tahun ini, iaitu Sejarah: Perayaan Kaum di Malaysia manakala Geografi: Amalan Kitar Semula atau Migrasi Dalaman Penduduk.

SEJARAH



GEOGRAFI

1) Amalan Kitar Semula


2) Migrasi Dalaman Penduduk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA