Isnin, 6 Jun 2011

KILAUAN EMAS - PROGRAM MENGGELAPKAN KUBUR


Tidak cukup dengan program realiti hiburan yang melalaikan seperti Malaysian Idol, Mentor, Akademi Fantasi, One in a Million, dan sebagainya, masyarakat disogokkan pula dengan satu lagi program realiti hiburan untuk golongan berusia senja- Kilaun Emas.

Program ini dijalankan khusus untuk melalaikan golongan berusia senja 45 tahun ke atas bagi tujuan menggelapkan kubur masing-masing. Selain daripada itu, RM20000 dipertaruh sebagai hadiah bagi menggelapkan lagi mata hati golongan berusia senja ini.

Inilah peluang bagi golongan berusia senja untuk menggedik setelah peluang mereka ditutup untuk program realiti hiburan lain. Hidup hanya sekali di dunia. Jadi, peluang menggedik ini seharusnya digarap sebaik mungkin sebelum masuk ke dalam kubur.

Masjid, dakwah, dan majlis ilmu bukan lagi difokuskan untuk dijadikan tempat untuk pergi 'ke sana' setelah umur menjengah ke usia senja. Tetapi golongan ini terus dimomokkan dengan program-program maksiat seperti ini. Sepatutnya, golongan berusia senja ini menjadi contoh kepada generasi belia. Tetapi mereka pula yang menggedik dan melalak tak tentu pasal. 

Selepas ini, melalaklah pakcik, makcik, tok wan, dan opah kita dalam rancangan Kilaun Emas sampai berkilau-kilau gigi emas mereka. Jika anak muda melalak, lazimnya golongan tua yang menegur. Tapi, sekiranya golongan berusia senja ini yang melalak, siapa pula nak menegur? Tambahan pula, golongan berusia senja ini penuh dengan rasa sensitif dan ego apabila ditegur oleh golongan 'berusia hijau'. "Eleh, baru setahun jagung nak tegur aku. Aku makan garam dulu daripada kau!". Inilah ayat yang selalu kita dengar. Ayat yang bernas untuk dijadikan sebagai jawapan adalah, "Patutlah pakcik bodoh. Kecik-kecik makan garam. Kecik-kecik dulu saya minum susu!".

Selepas ini, program apa lagi yang hendak disogokkan? Adakah program realiti hiburan untuk orang yang sedang nazak pula? Masakan tidak, rakyat Malaysia cukup dahagakan hiburan sehingga sedang nazak pun masih dahagakan hiburan. Dan realitinya, sebilangan besar masyarakat tidak dahagakan majlis ilmu dan aktiviti dakwah. Ada sahaja orang berdakwah, dihalang dan dihalaunya orang itu. Tetapi program realiti hiburan cukup dialu-alukan kerana program hiburan di Malaysia masih belum mencukupi, malah perlu ditambah lagi dari semasa ke semasa.

Inilah kebobrokan sistem dan pemerintah sedia ada. Kanak-kanak dimomokkan dengan program Bintang Kecil. Golongan belia, tak payah cakap program apa. Golongan berusia senja dengan Kilauan Emas. Lepas ini, kita saksikan program hiburan apa pula untuk golongan yang sedang nazak.

Pemerintah yang sering mencanang bahawa mereka menegakkan Islam terus membisu seribu bahasa. Tetapi anjing-anjing mereka dilepaskan untuk menghalang golongan yang berdakwah. Para mufti dan ulamak yang digaji oleh pemerintah sekular juga mendiamkan diri. Cukup mudah mulut mereka ditutup dengan wang ringgit dan bau wangi wang kertas.


*****


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

[TMQ Aali 'Imran:185]

Dipetik dari sumber.

KONSERT JUSTIN BIEBER ROSAKKAN AKHLAK MASYARAKAT


Pada bulan April yang lalu, si jambu Justin Bieber datang menggegarkan negara dengan konsert 'My World Tour'. Konsert tersebut telah berjaya merasuk 17000 peminat walaupun harga sangat mahal.

Seramai 17000 berjaya dirasuk oleh budak jambu ini. Entah apa yang istimewa dengan budak jambu ini pun kita tak tahu. Ini bukan ayat dengki, tetapi persoalan yang harus dilontarkan kepada peminat-peminat yang telah berjaya dirasuk dan disihir oleh si jambu ini.

Beginilah masyarakat kita dirosakkan dengan sistem kehidupan yang liberal dan sekular. Masyarakat lebih sayang dan dekat kepada artis-artis walaupun artis ini tidak menjamin syurga dan bahagia di akhirat kelak. Di samping itu, masyarakat terus jauh daripada agama dan terus leka dibuai arus hedonisme.

Peminat yang telah disihir itu bukan sahaja terpekik terlolong melihat si Jambu Justin Bieber. Mereka juga dicampurkan lelaki dan perempuan dalam satu stadium bagaikan rojak. Lebih teruk lagi, rela menonton konsert itu dalam keadaan hujan! Inilah 'pengorbanan suci' para peminat bagi Justin Bieber!

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, kehidupan yang dicatur oleh pemerintah sekular hari ini jelas mempamerkan kerosakan dari segala segi kehidupan. Masyarakat yang rosak terus dicetak dengan terterapnya hukum-hakam sekular. Masyarakat juga terus leka dibuai arus hiburan melampau.

Sekiranya Justin Bieber itu adalah seorang pejuang Islam, sokonglah dia. Tapi sayangnya, dia adalah seorang yang kafir dan sibuk melalaikan umat manusia. Dengan hanya mencipta seorang ikon penyanyi, umat Islam terus leka. Betapa liciknya kaum kafir Barat menyerang pemikiran umat Islam!


Dipetik dari sumber.

Ahad, 5 Jun 2011

ANDA CINTA ALLAH? BACA INI...


Assalamu 'alaykum saudaraku~

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang emel ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH, apabila saya membaca emell ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih-lebih lagi pada waktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat .......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGHRIB SAHAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan pada waktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada-NYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku. (Na'uzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Sebarkanlah seandainya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya, aku CINTA ALLAH!!!

Dia ialah sumber kewujudanku dan Penyelamatku.

DIAlah yang menggerakkanku setiap detik dan hari. Tanpa-NYA aku ialah HAMPAS yang tak berguna.

Ini ialah ujian yang mudah.

Kalau anda benar menyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepadamu....

Kirimkan kepada orang.

Sekarang!!! Anda ada masakah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah….... Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang emell agama tetapi kita bangga mem'forward' kan emel yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran, tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK beriman KEPADA ALLAH setelah itu hairan mengapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan apabila seseorang berkata 'AKU BERIMAN KEPADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan emel lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi apabila anda hantar emel mengenai ISLAM, banyak orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan apabila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti sama ada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda berasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka dirahmati ALLAH, Amin~


.::Al-Faqir Ila Allah::.

Sabtu, 4 Jun 2011

BOSAN KE KAWAN?


"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."

"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."

Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.

Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya HEDONISME . Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.

"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."

"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."

Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.

Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.

Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ 
قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [adz-Dzariyat : 56]

Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk berasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah~

Khamis, 2 Jun 2011

REJAB DATANG LAGI!


Alhamdulillah, bulan Rejab datang lagi, yahoo! Kalau nak tau pasal sejarah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ni, just click here.

Hmm, kalau dulu citer pasal kelebihan bulan Rejab, yang asyik kita dok dengar, apa kata ana nak ajak antum baca pasal artikel kali ini, berkenaan bulan Rejab gak, tapi citer pasal hadis palsu yang seringkali didengari bak di ceramah, corong radio, skrin televisyen, post blog (macam kat sini), or whenever. Ok, selamat membaca!

___________________________________________________

Oleh Mohd Shukri Hanapi, Berita Harian Online, 17 Ogos 2005: UMAT Islam ini berada dalam Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Bagi sesetengah masyarakat Islam, mereka menganggap Rejab adalah bulan teristimewa kerana menyangka mempunyai banyak kelebihan. Sebenarnya tidak thabit dalam hadis sahih yang menyatakan kelebihan Rejab. Cuma bulan ini termasuk dalam salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang padanya selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Tidak dinafikan ada beberapa hadis yang sering kita dengar dalam ceramah dan penulisan mengenai kelebihan bulan ini. Malangnya, kebanyakan hadis itu berkisar sekitar daif, palsu atau tiada sandaran. Antara hadis yang sering digunakan untuk menyatakan kelebihan bulan ini ialah: "Dalam syurga ada sebuah sungai yang bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya akan diberi minum air sungai itu." - Hadis ini sebenarnya bertaraf daif.

Selain itu, hadis berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripada tujuh pintu neraka jahanam. Sesiapa berpuasa lapan hari, nescaya dibuka baginya lapan pintu syurga." - Taraf hadis ini juga daif.

Dalam pada itu ada hadis lagi yang berbunyi "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku." Hadis ini munkar, malah ada sesetengah ulama mengatakan ia hadis palsu, tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan.

Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam kitabnya, Tabyin al-'Ajaib bima warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun hadis sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan fadilat puasa pada Rejab.

Tanda daif atau palsu dalam hadis kelebihan Rejab ketara sekali, terutama apabila menjanjikan pahala yang terlalu besar bagi mereka yang berpuasa atau beribadat padanya. Ulama menyatakan, janji yang terlalu besar tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan kemungkinan hadis itu dusta atau palsu. Bagaimanapun, tiada hadis yang melarang umat Islam berpuasa pada Rejab. Oleh itu, hukum berpuasa sunat dalam bulan ini sama saja dengan berpuasa pada bulan lain, seperti puasa pada Isnin dan Khamis atau tiga hari dalam sebulan

Namun begitu, soal kethabitan atau ketulenan sesebuah hadis perlu diambil kira. Adalah tidak wajar apa saja yang dikatakan hadis terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) ulama hadis terhadap kedudukannya.

Sebenarnya dengan penyebaran hadis palsu seumpama, akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama Islam terdahulu.

Rasulullah memberikan amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya dengan ancaman yang berat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.

Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: "Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ancaman dalam hadis ini merangkumi segala jenis pendustaan dan pembohongan ke atas Nabi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat atau ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Dalam menghuraikan maksud hadis ini, Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan: "Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda."

Dalam Islam, pendustaan atas nama Nabi adalah jenayah amat berat. Dimaksudkan pendustaan atas Nabi adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah secara dusta. Nabi langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya. Misalnya, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda sesuatu yang Baginda tidak pernah bersabda, berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.

Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunnah. Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu' (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan).

Bukan saja membuat hadis palsu itu hukumnya haram, bahkan meriwayatkannya tanpa menjelaskan kepada pendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah haram dan berdosa. Oleh itu, semua umat Islam wajib memandang berat perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasulullah yang menjadi sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran.

Umat Islam jangan mudah tertipu dengan dakwaan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah, sedangkan ia tidak ada hubungan langsung dengan Baginda. Sehubungan itu, penyebaran hadis daif dan palsu mengenai kelebihan Rejab ini hendaklah dihentikan agar jangan sampai masyarakat melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala, sedangkan dosa besar pula yang diperoleh akibat menyebar dan beramal dengan hadis palsu seperti ini.

Sumber: Minda Super (link tak tau~ n_n)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA