Sabtu, 29 Disember 2012

JADUAL PUASA BAGI TAHUN 2013 M

Jom tambah iman dan amal dengan berpuasa !!! ^_^

Sila klik pada gambar untuk pembesaran

Ahad, 9 Disember 2012

HAMAS - 25 TAHUN PENUH SUKA DAN DUKA


Jalan Menuju Pembebasan!
Menuju ke Merdeka!
Sambutan Ulangtahun ke 25 Tahun HAMAS

8 Disember 2012 – Tentunya ia adalah hari yang bersejarah buat HAMAS, sebuah gerakan Islam Palestin yang berjuang untuk masa depan rakyat Palestin dan bertekad membebaskan Masjid al-Aqsa daripada cengkeman Zionis Israel. Sambutan Jubli Perak – 25 Tahun memberikan satu gambaran kematangan, kedewasaan dan satu anjakan baru bagi mereka.
Puluhan ribu rakyat Palestin membanjir satu perhimpunan khas bagi sambutan acara utama HAMAS 25 Tahun di komples Al-Qatiba, barat Bandar Gaz. Hujan renjai-renjai tidak menghalang mereka untuk terus setia bersama HAMAS dan merasai satu sambutan dengan penuh kehangatan ukhuwah dan semangat juang yang tinggi.
HAMAS tidak muncul secara tiba-tiba. Ia adalah satu rentetan perjuangan yang panjang, berliku penuh duka, disimbahi darah dan diwarnai pengorbanan yang tidak terkira. HAMAS ditubuhkan secara rasmi pada 8 Disember 1987 yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa orang sahabat beliau seperti Dr Abdul Aziz Rantisisi, Salah Syahadah, Muhammad Sham’ah, Isa al-Nashar, Abdul Fatah Dukhan dan Ibrahim al-Yazuri. Penubuhan HAMAS adalah rentetan penstrukturan semula Ikhwanul Muslimin Palestin pada ketika itu.


Di pentas Utama Sambutan. Sokongan Daripada Puluhan Ribu Rakyat Palestin. Juga diikuti oleh rombongan rakyat Malaysia yang mengikuti Misi Solidariti Gaza 2012
Kekuatan HAMAS
HAMAS dan perjuangan Palestin sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sesiapa yang menidakan atau menafikan peranan HAMAS serta jihad mereka – ia bererti mereka buta akan sejarah Palestin! Para pejuang mereka, terutama sayap ketenteraan mereka iaitu Briged al-Qassam sangat-sangat digeruni, ditakuti dan diawasi oleh pihak Zionis Israel.
Disiplin, kecekapan, kesungguhan, keberanian dan kepatuhan mereka kepada kepimpinan membuat merekalah tentera yang sentiasa disebut-sebut sebagai tentera contoh. Sehingga ada yang menggelarkan mereka sebagai tentera malaikat.
Syarat penyertaan yang ketat dalam Briged al-Qassam seperti konsisten Solat Subuh berjemaah selama 6 bulan tidak tertinggal, hafal Al-Quran dan hadis, puasa sunat Isnin Khamis dan sebagainya – menjadi ia pasukan tentera yang hebat, luar biasa dan ditakuti musuh. Ternyata, bantuan dan pertolongan Allah SWT mengiringi setiap derapan langkahan mereka di medan tempur!


Salah seorang pejuang HAMAS, komandan Briged al-Qassam. 
Populariti HAMAS melonjak
Kemenangan HAMAS secara mengejut dan diluar jangkaan pada 25 Januari 2006 dalam Pilihan Raya telah membuka suatu lembaran baru bagi perjuangan mereka ketika itu. Sungguh, mereka sendiri tidak menyangkakan kemenangan 74 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan. Tetapi, jelas kepada dunia – rakyat Palestin memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memimpin mereka.
Populariti HAMAS yang sebelum ini yang banyak melakukan khidmat kebajikan untuk rakyat melonjakan imej mereka untuk diterima rakyat Palestin sebagai kerajaan yang memerintah. Bahkan, ia lebih terbukti lagi selepas mereka menjadi kerajaan Palestin dengan slogan “hidup untuk rakyat”. Mana tidaknya, kesemua menteri kabinetnya tidak mengambil gaji dan hidup mereka fokus untuk kebajikan, perjuangan dan pembangunan rakyat.
Inilah sebenar-benarnya pemimpin! Kemenangan HAMAS adalah satu fenomena, dan ia adalah fenonema yang menggegarkan dunia. Ia bukanlah organisasi atau gerakan yang bergantung kepada populariti individu tetapi ia kuat kepada kekuatan yang ada pada HAMAS itu sendiri.
Barisan pejuang yang hebat. Bersiap siaga sentiasa!

Apa kata mereka? – Tentang HAMAS
Jeneral Ori Saghi, Ketua Shin Bet iaitu Bahagian Perisikan Tentera rejim Zionis mengatakan :
“ HAMAS memiliki budaya kerja profesional, amalan kerahsiaan pada tahap tertinggi dan perlaksanaan operasi yang menonjol dan berkesan.”

Para penganalisis rejim Zionis, memberikan komentar yang positif tentang HAMAS :
“ HAMAS sudah menghasilkan sekumpulan sepsis rakyat Palestin yang baru dan mereka adalah para pejuang Palestin yang baru!.”

Yaacov Jevri, Ketua Shabak pernah mengatakan :
“ HAMAS adalah satu-satunya gerakan yang kami gagal menembusinya. Ini kerana kekuatan sistem dan disiplin gerakan itu.”
Kepulangan Pemimpin Utama HAMAS – Khalid Mesh’al disambut penuh kegembiraan dan kesyukuran. Turut kelihatan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyyah.
Satu yang menggembirakan HAMAS bagi sambutan ulang tahun ke 25 ialah kepulangan pemimpin utama mereka iaitu Khalid Mesh’al . Bertahun lamanya beliau berada dalam buangan selepas kebangkitan rakyat Palestin menentang kekejaman tentera Zionis Israel pada tahun 1987. Namun, Maha Suci Allah SWT yang mengatur segalanya – beliau akhirnya pulang ke tanah airnya sendiri di bumi Gaza.
Siapakah beliau?
Khalid adalah pemimpin utama HAMAS. Selepas peristiwa pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantissi pada tahun 2004, Khalid menjadi tumpuan media. Nama beliau dikaitkan sebagai bakal pengganti al-Rantissi. Namun atas faktor keselamatan HAMAS merahsiakan senarai kepimpinan utama mereka, ramai penganalisis politik menjangka beliau adalah tokoh yang paling layak untuk mengambil alih amanah itu.
Kepulangannya memberikan satu signal kepada keutamaan gerak kerja HAMAS di masa hadapan dan halatuju perjuangan pembebasan Al-Aqsa. Jelas kepada kita, HAMAS sangat bersungguh-sungguh dan penuh komited dengan perjuangan mereka. Banyak perkara yang perlu dikaji, diteladani dan diambil pengajaran daripada perjuangan mereka.
Lambaian pemimpin yang hidup mereka untuk rakyat!
Penutup : Sikap Dan Sumbangan Kita
Sewajarnya – semangat, prinsip, kesungguhan dan juga komitmen mereka harus dicontohi dan diterjemahkan ke dalam perjuangan yang lebih relevan dan sesuai dengan situasi kita di Malaysia. Anak-anak muda Malaysia harus melihat semua ini dengan kaca mata yang lebih positif dan menjadikan ia inspirasi dan motivasi dalam berjuang untuk menggapai impian, cita-cita dan harapan yang diidamkan.
HAMAS telah berjaya membuka mata seluruh manusia untuk melihat bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa adalah tanggungjawab seluruh ummat Islam dan ia adalah isu kemanusiaan sejagat. Mereka telah berjaya membuktikan komitmen mereka dalam perjuangan yang suci ini.
Justeru, kita harus persoalkan apakah sumbangan yang telah kita lakukan kepada Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin?

Khamis, 25 Oktober 2012

SALAM `IDUL ADHA 1433H

Assalamualaikum pelawat / sahabat blog yang dirahmati Allah SWT.

Alhamdu lillah, Allah masih memberi nikmat Iman dan Islam kepada kita untuk terus mengutip bekalan saham akhirat demi mengejar reda-Nya, Insya-Allah.

Pada kesempatan ini, "taqabbala Allahu minna wa minkum" ana ucapkan kepada semua kerana masih diberi peluang untuk bertemu salah satu hari yang terbesar dan mulia dalam Islam, iaitu `Idul Adha (10 Zulhijjah). Marilah kita bersama-sama menghayati kisah hidup Nabi Ibrahim AS yang banyak mengandungi pengajaran untuk kita hayati dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Selamat menyambut Hari `Arafah, selamat menyambut `Idul Adha, dan selamat menyambut Hari Tasyriq~ n_n


During the Days of Hajj & Eid, it is always good to remind ourselves of the origins of this blessed time that we celebrate each year. In this newly released video, AlMaghrib Institute instructor, Shaykh Yasir Qadhi, discusses lessons from the life of Prophet Ibrahim (AS).

Jumaat, 14 September 2012

HADIS DIET RASULULLAH SAW

Soalan:

Sila klik pada gambar untuk pembesaran

Jawapan: 


Bismillah, Alhamdulillah... wa ba'd. 

# Penjelasan status hadith diet Nabi SAW: 

1- Hadith yang dinyatakan dalam poster itu adalah Palsu, kesemuanya adalah Batil, Tiada Asalnya. Kesemuanya tiada dalam al-Qur'an dan tiada juga dalam hadith, baik hadith Sahih, Dha'if ataupun Palsu.

2- Menisbahkan diet sebegini kepada Baginda SAW adalah merupakan satu pendustaan kepada Baginda, celakalah fulan yang mencipta hadith ini dan telah tetap neraka bagi mereka yang menyebarkan poster ini kecuali bagi mereka yang bertaubat. Nabi SAW bersabda dalam hadith yang Sahih: "مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka" [HR al-Bukhari dan Muslim] 

# Disiplin penting dalam menyebarkan hadith Nabi

3- Ramai manusia suka menyebarkan hadith-hadith Nabi SAW dalam internet terutamanya Facebook. Mereka berniat baik atas alasan sabda Nabi SAW: "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً  - sampaikan dariku walau satu ayat". 

4- Tetapi mereka lupa lafaz penuh hadith berkenaan berbunyi:

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ 

"sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak sahih dengan syarat memberitahu ia kisah Bani Israil dan bukan hadith). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". 

5- Jangan baca hadith sekerat saja, tetapi bacalah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa hadith yang sama ini padanya galakan dan ancaman, bahagian pertama hadith berbunyi "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - sampaikan dariku walau satu ayat" adalah galakan manakala ia diringi dengan ancaman pada bahagian akhir hadith berbunyi: "وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". 

6- Oleh itu sebelum anda ingin beramal dengan galakan menyebarkan hadith Nabi SAW itu, jangan lupa ancamannya, tanya dulu diri anda sekurang-kurangnya 3 perkara: 1 - benarkah ia hadith?, 2 - riwayat siapa? , 3- sahihkah ia?. Apabila telah terjawab kesemua 3 soalan asas ini, maka silakanlah menyebarkan hadith itu, jika tidak maka usahlah sebarkan walaupun ayatnya nampak baik dan mampu memberi suntikan jiwa. Kerana tiada lagi yang baik apabila anda telah berdusta kepada Baginda Nabi SAW. 

# Asal usul diet ini

7- Diet ini tiada dalam al-Qur'an atau mana-mana hadith, sebaliknya ia terdapat dalam kitab Taurat dan Talmud kaum Yahudi kini. Amalan diet ini sebenarnya adalah peraturan diet agama Yahudi yang dikenali sebagai "Kosher" (Hebrew = כשר ) atau "Kashrut" (Hebrew = כַּשְׁרוּת). 

8- Kosher/Kashrut adalah set peraturan makanan dalam agama Yahudi sebagaimana yang dijelaskan dalam Torah (Taurat) dan tafsir/syarah bagi Torah iaitu Oral Torah (Talmud). Misalnya larangan memakan daging berserta susu terdapat dalam Exodus 23:19; Exodus. 34:26; serta Deutronomy 14:21 (rujuk disini: http://www.mechon-mamre.org/e/et/et02.htm).

Oral Torah (Talmud) ketika mensyarahkan ayat-ayat ini menyatakan bahawa ia bermaksud daging tidak boleh dimakan beserta susu. Kemudian para Rabbai Yahudi memperluas larangan ini mencakupi ayam, iaitu ayam juga dilarang makan bersama susu. Tidak cukup dengan itu kitab Talmud juga melarang mencampurkan daging dan ikan dalam satu pinggan untuk dimakan bersama. (rujuk: http://www.jewfaq.org/kashrut.htmhttp://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Rulehttp://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Separation). 

9- Bagi Yahudi yang beriman dengan Torah dan Talmud, mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan makanan ini, kerana ia adalah arahan Tuhan bagi mereka sebagaimana yang dikhabarkan dalam kitab "suci" mereka. Para saintis Yahudi menjelaskan bahawa tanggapan sesetengah pihak bahawa peraturan-peraturan ini mempunyai hikmah agar lebih menyihatkan badan tiada buktinya dari segi sains,

Maka para Rabbai Yahudi menyimpulkan "kita mengikut peraturan ini semata-mata kerana ia arahan Tuhan" atau Islam menyebutnya "ta'abbudi". Para Yahudi mematuhi peraturan makanan ini sebagaimana para Muslimin mematuhi peraturan makanan yang disyariatkan dalam al-Qur'an dan Hadith tanpa soal iaitu dengan semata ta'abbudi. (rujuk: http://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Why)

# Melayu ini Islam atau Yahudi?

10- Persoalannya, kenapakah kaum melayu yang "dinobatkan secara percuma" oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai beragama Islam secara tiba-tiba mengekori syariat Yahudi pula??

11- Adakah kamu lupa hadith yang berbunyi "َمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ - Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka" [Hadith Mauquf Sahih sebagai kata-kata Huzaifah dengan hukum Marfu' , rujuk penjelasan terperinci statusnya disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/11/penjelasan-status-hadith-barangsiapa.html]. 

12- Atau adakah kamu sudah menyerah kalah kepada Yahudi hingga mahu mengikut jejak langkah mereka, lupakah kamu akan firman Allah SWT: "وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ - Orang-orang Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan senang kepada kamu hinggalah kamu mengikuti agama mereka" [al-Baqarah: 120]. Dimanakah wala' dan bara' kamu? kepada Allah dan Rasul atau kepada Yahud? 

13- Tidak cukup dengan itu, kenapa perlu berdusta pula kepada Baginda Nabi SAW, mengaitkan sesuatu perkara yang tidak pernah Baginda SAW sebut atau lakukannya, lupakah kamu akan sabda Nabi:  "مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka" [HR al-Bukhari dan Muslim]? Adakah Syurga itu terlalu nyaman bagi kamu hingga kamu mahukan panas Neraka? 

# Apakah diet Nabi yang Sahih? 

14- Diet Nabi SAW yang Sahih ialah beliau memakan makanan yang halal dengan jumlah yang tidak banyak, itu sahaja. Thabit dalam hadith Nabi SAW bersabda:  " الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ - seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut" [HR al-Bukhari, no. 5392]. 

15- Adapun hadith dengan lafaz "نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع - kami adalah suatu kaum, yang tidak akan makan hingga merasa lapar, jika kami makan maka tidak sampai kenyang" , hadith ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab hadith Ahlussunnah, baik kutub hadith yang masyhur atau tidak masyhur.

Sebaliknya ia hanya dijumpai dalam kitab syi'ah!! iaitu kitab hadith syi'ah karya al-Sayyid al-Thabathabaie (laknatullah) bernama Sunan al-Nabi (bab makanan dan minuman, halaman 266). Tidak syak lagi bahawa hadith ini adalah hadith palsu, pendustaan kepada Nabi SAW dan berkemungkinan besar ia adalah ciptaan syi'ah (moga Allah melaknat mereka).

Kata-kata ini bukan saja dusta kepada Baginda Nabi SAW, bahkan ia bercanggah dengan sebuah hadith sahih yang menceritakan bahawa Abu Hurairah pernah disuruh Baginda Nabi SAW minum susu hingga perutnya penuh kenyang. Iaitu hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Jami'nya al-Sahih (no. 6452). 

Hadith Abu Hurairah tersebut memberi faedah bahawa bolehnya makan minum hingga perut kenyang, namun kenyang itu bukanlah hingga boleh memudharatkan diri, hingga kenyang masih mahu tetap makan dan makan dengan banyak. [Lanjut rujuk Siri Q&A no. 8 yang lalu disini: https://www.facebook.com/note.php?note_id=186438404777695


Sekian, Allahu a'lam

Muhammad Fathi bin Ali
Ma'had `Aaliy Li Quran wa `Ulimihi - al-Azhar al-Syarif
Iskandariah, Mesir

Jumaat, 24 Ogos 2012

SEJARAH TERCETUSNYA KEBANGKITAN UMAT ISLAM SYRIA

Hafez al-Assad, mengarah pengeboman Hama Feb 1982


Alhamdulillah, lama sungguh tak mencoretkan titisan-titisan dakwah dalam blog ini. Berikut ialah sebuah ceria mengenai bagaimana tercetusnya kebangkitan umat Islam yang berlaku di Syria. Semoga Allah membantu para mujahidin di Syria dan di seluruh dunia, Amin. Ihsan daripada Soutul Mujahid.

--------------------

Cerita ini disampaikan oleh seorang ustaz, yang merupakan seorang bekas pelajar di sebuah universiti di Syria. Beliau sendiri mengalami pengalaman bagaimana umat Islam di Syria alami. Pelbagai sekatan dakwah dilakukan oleh rejim al-Assad untuk mengekalkan pemerintahan Syiah Alawi di Syria.

Sehinggakan, pelajar-pelajar di universiti tersebut tak boleh sebut perkataan 'Presiden'. Kalau sebut perkataan 'presiden', ada tindakan yang akan dikenakan. Sebab, perkataan presiden adalah satu perkataan yang sangat sensitif dan tak boleh disebut sesuka hati. Ada je telinga yang berdesing kalau ada orang sebut 'presiden'. Maka, perkataan 'presiden' ditukar kepada perkataan 'pak long', supaya orang-orang Syria tak paham apa yang diorang tengah sembang.

1982, Presiden Syria pada ketika itu adalah Hafez al-Assad La'natullah, ayah kepada Presiden Syria sekarang, Bashar al-Assad La'natullah. Februari 1982, Hafez telah melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan melakukan pegemboman di bandar Hama. Punca pengeboman adalah untuk menyekat seruan dakwah yang sedang dijalankan. Jemaah yang terkenal melakukan dakwah di bumi Hama adalah jemaah Ikhwanul Muslimin. Pengeboman tersebut telah menyebabkan bandar Hama menjadi padang jarak padang terkukur.



Secara zahirnya, umat Islam di Syria takkan bangkit daripada penindasan regim al-Assad. Tapi, apa yang telah berlaku adalah sebaliknya, di mana umat Islam yang ditindas telah pun bangkit dengan berani untuk menentang rejim al-Assad yang Syiah.

Semuanya gara-gara tindakan 10 orang murid menconteng dinding-dinding sekolah mereka dengan ayat "Rakyat hendak menjatuhkan kerajaan". 10 orang murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan ini kemudiannya ditangkap. Antara penyeksaan yang mereka hadapi adalah kuku mereka dicabut. Manakala perempuan pula dirogol oleh polis-polis terlaknat itu. Rentetan itu, ibu bapa mereka pergi ke balai polis terbabit untuk menuntut anak-anak mereka. Salah seorang polis dengan biadabnya berkata, "Baliklah! Kami tidak akan memulangkan anak-anak kalian! Buatlah anak-anak baru dengan isteri kamu. Kalau kamu tak mampu untuk membuat anak baru, serahkan isteri kamu supaya kami boleh membuat anak baru dengan isteri kamu!".

Ibu bapa yang tidak berpuas hati itu membuat demonstrasi bagi membebaskan anak-anak mereka. Berita ini tersebar ke seluruh pelosok Syria. Kebangkitan umat segera tercetus dan mereka tidak lagi gentar untuk memerangi rejim al-Assad yang telah lama berlaku kejam terhadap mereka. Satu persatu daripada menteri rejim telah berpaling tadah, dan sejumlah kelompok besar tentera telah berpaling tadah daripada rejim dan membentuk FSA (Free Syrian Army) yang diumumkan pada 29 Julai 2011.

Alhamdulillah, kemenangan semakin hampir hasil daripada usaha mujahidin yang sedang berjuang dan yang telah syahid dan juga hasil daripada bantuan Allah. Orang-orang kanan al-Assad seperti Jeneral Daoud Rajha Assef, Shawkat, dan Hassan Turkmani telah mampus dan ini memberikan tamparan yang hebat buat si laknat Bashar al-Assad. Sedang umat Islam di Syria berjuang, gema-gema Khilafah telahpun berkumandang di bumi Syria. Betapa mereka merindukan Khilafah dan Syariat, dan mereka tidak lagi takut akan ancaman Bashar al-Assad La'natullah.



Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan para mujahid khususnya di Syria, Palestin, dan di tanah umat Islam yang sedang bergolak agar Khilafah yang dijanjikan oleh Nabi SAW ditegakkan. Bagaimana pula dengan kita di Malaysia? Adakah mahu berdiam diri lagi? Adakah kerana perut yang kenyang menyebabkan kita malas untuk berdakwah dan berjuang menentang kezaliman? Sesungguhnya, berdiam diri melihat kezaliman yang sedang berlaku adalah satu kemungkaran dan akan didakwa di hadapan Allah kelak!

-------------------

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu". [Muhammad (47):7]

-------------------

Maksud hadis:
Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam. [HR Ahmad]

Jumaat, 20 Julai 2012

MY FACEBOOK ACCOUNT HAS BEEN DISABLED (UPDATED)

Assalamu alaykum and peace be upon all of you.


To all my blog's readers and all my Facebook's friends, I want to ask for forgiveness from all of you because my Facebook account has been disabled. I don't know why but it happened when I got back to my home, signed in my ID and password, and it's gonna be like this:


Click the image to enlarge


Although I've tried so many ways and times, I didn't manage to regain my account. O Allah! Please forgive me because I'm very sinful to You. Please help me to get back my Facebook account. It seems very much important to me~ T_T To those who knows how to 'revive' my Facebook account, you are strongly recommended to help me on the comment section below.



Last but not least, I really need help from all of you, my pals, my friends and my companions all around the world. Keep me in your prayers. Jazakumullah~!



Mood: Still sad :( But, Insha Allah, Allah will surely assist me, coz I know, He will never let me go~ :)



P/S: For those who want to connect with me, you can still do it by using your Twitter account. Here is my link: Twitter



LATEST UPDATE (21/7/2012)



For your information, I already create my new account on Facebook. Here is the link. Thank you! n_n


SUPER LATEST UPDATE (17/8/2012)


Alhamdulillah, all praise is to Allah!!! Finally, my old Facebook account has been republished again! Therefore, you can connect with me on this link. As a result, I must close or deactivate my new Facebook account so that I can focus on only one account. Jazakumullah for all your prayers. Alhamdulillah~ ^o^

Jumaat, 9 Mac 2012

RAHSIA KA'BAH YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM


1. Makkah ialah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ ialah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati ialah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Ka'bah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Ka'bah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Ka'bah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjid al-Haram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Ka'bah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar, dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Ka'bah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Ka'bah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'bah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Makkah sentiasa bertenaga, sihat, dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu ialah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok, atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Ka'bah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahallul. Tujuannya  adalah untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik sahaja akan diterima oleh tubuh.


Rabu, 25 Januari 2012

APA ITU QARIN?


Tahukah anda apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin ialah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah ialah Muslim. Manakala yang lainnya ialah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran, dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun, orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah SAW daripada 'Abdullah ibn Mas'ud RHMA maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin dan juga Qarin daripada bangsa malaikat." Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku-Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

'Aisyah RHA menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya ('Aisyah), 'Aisyah berkata: "Aku berasa cemburu." Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai 'Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulallah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulallah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain daripada 'Abdullah ibn 'Umar RHMA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam AS dengan dua perkara, iaitu pertama, syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba bayangkan sejenak tentang kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan dosa dan kejahatan. Sudah pasti dia gembira jika kita tewas dengan kejahatan dan sedih jika kita berjaya menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SESEKALI TEWAS DENGANNYA DAN KEMBALI MENUJU JALAN ISLAM YANG SEBENAR !!!

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:

Isnin, 23 Januari 2012

PERBEZAAN SOLAT DAN SEMBAHYANG


Banyak umat Islam pada hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat” termasuklah saya. Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

Profesor Hasbi As Siddiqi dalam salah satu bukunya telah membahaskan perkataan “Sembahyang.” Katanya, “Sembahyang diambil dari perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa–dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”


Dua orang pakar Bahasa Indonesia yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia dan mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr. Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.” Orang Buddha pergi ke tokong, orang Hindu pergi ke kuil, dan orang Kristian pergi ke gereja menggunakan istilah “Sembahyang”, terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.


Tetapi Umat Islam, tidak sesuai sekiranya “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”


Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. Contohnya daripada “Nak, bangun! Pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “Nak, bangun! Pergi “Solat Subuh.”


Solat lebih tepat istilahnya. Bagi kita yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.


SEBAR-SEBARKAN…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA