Selasa, 26 Mac 2013

#108 - TIGA 'ULAMA TERSOHOR MENINGGAL



Mac 2013, dunia telah kehilangan tiga 'ulama tersohor. Semoga Allah merahmati mereka.

1. Syeikh Mohamed Said Ramadan al Bouti (Ulama besar Syria yang juga mujtahid)
2. Syeikh Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady (Ulama besar Malaysia)
3. Syeikh Muhammad Abdullah (Ketua Dewan Ulama PAS Kedah)


Sabda Rasulullah SAW:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم

Daripada Abdullah bin 'Amru bin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)

#107 - MY SPM 2012 RESULT


Assalamualaikum sahabat blog.

Ya, seperti yang kalian sedia maklum, keputusan SPM 2012 telah pun diumumkan di seluruh Malaysia pada 21 Mac yang lalu. Tetapi, memandangkan saya terlalu sibuk menguruskan kehidupan, mengisi borang permohonan biasiswa online, dan segala macam benda alah yang 'menghantui' hidupku, Alhamdulillah, akhirnya baru hari ini saya sempat mengemas kini blog kesayangan ramai ni, eh.

Ok, bagi mereka yang masih belum mengetahui berapa keputusan SPM 2012 saya, silalah usha-usha bawah ni, ye!

9A2B

Amacam, cemerlang tak? Ahaks~ Ehem, walaupun result SPM saya tak la straight As, tapi apa-apa pun Alhamdulillah, keputusan saya kira memberangsangkan la jugak. Subjek teras semua A+, cuma dua subjek tu la yang selalu menjadi igauan ngeri saya sebelum dan semasa SPM yang tidak berezeki dapat A. Takpe, haza min fadhli robbi ^_^

Benar, keputusan SPM saya banyak mengajar erti syukur dan reda atas segala apa yang telah Allah kurniakan. Kalau kita selalu dok compare result kita dengan depa yang lagi cemerlang, memang kita akan berasa sangat rendah diri, menyesal, kecewa, angin satu badan, dan bermacam-macam penyakit batin lagi la. Tapi, cuba pikiaq balik, kalau kita compare result SPM kita dengan result ujian kita sebelumnya, mesti banyak peningkatan, kan?

Sebab tu la, kalau kita nak bersyukur, jangan tengok kat orang yang lagi atas daripada kita, tapi tengok kat orang yang lagi bawah daripada kita. Waktu macam ni la keimanan kita pada qadha' dan qadar akan teruji. Jadi, jika anda mengaku beriman, ayuh buktikan bahawa anda beriman dengan rukun iman yang keenam ini! Insya-Allah, lepas ni kita usaha lebih lagi, banyakkan lagi doa dan tawakkal kepada Robb kita, mudah-mudahan kejayaan kita pada masa akan datang lebih bermakna daripada hari ini. Semestinya, kejayaan akhirat itulah yang lebih didambakan. See you in university~! ^o^

P/S: Jom layan sat video ni :)

Ahad, 3 Mac 2013

#106 - KETELITIAN LUAR BIASA IMAM BUKHARI


Mengembara beribu-ribu batu untuk menuntut ilmu, mempelajari, dan mengumpul hadis-hadis Rasulullah SAW bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi itulah minat dan kecintaan lelaki luar biasa ini. Kesungguhannya amat ketara walaupun umurnya masih muda remaja. Pernah Imam Bukhari terpaksa bermusafir sejauh kira-kira 8,000 kilometer hanya untuk mendapatkan sepotong hadis sahaja.

Walau bagaimanapun, beliau sangat teliti dalam menyaring hadis-hadis yang diterimanya sebelum mengklasifikasikan hadis-hadis tersebut sebagai hadis sahih.

Suatu ketika, beliau telah pergi ke rumah seorang perawi hadis. Beliau melihat orang berkenaan sedang menabur sesuatu kepada binatang ternakannya. Rupa-rupanya dia hanya menabur pasir untuk mengumpan haiwan itu supaya mendekatinya.

Melihat kepada perilaku dan perbuatan orang tersebut, maka terdetik di hati Imam Bukhari, "Kalaulah orang ini boleh berlaku tidak jujur pada haiwan, nescaya dia juga boleh berlaku tidak jujur dengan ilmunya." Lalu beliau sekadar berjumpa dengan orang itu tetapi tidak mengambil hadis daripadanya.

Walau bagaimanapun, sekiranya beliau tidak menerima hadis-hadis yang diragui perawinya, Imam Bukhari tidak akan menyebut-nyebut keaiban perawi-perawinya, apatah lagi mengumpat atau mencela mereka. Beliau hanya akan mengatakan, "Hadis ini tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk diakui sebagai hadis sahih" atau "Hadis ini tidak dipakai orang".

Allahu akbar, begitu indah sekali iman dan akhlak orang-orang soleh yang sentiasa bertaqwa kepada Tuhannya. Semoga kita sama-sama dapat mengambil ‘ibrah melalui kisah yang serba ringkas ini, Insya-Allah~ ^_^

Sumber: RAMM

Sabtu, 2 Mac 2013

#105 - PERLUKAH AKU SERTAI POLITIK?


(Diadaptasi daripada al-faqir Ibnu Fathani)

Wahai pemuda Islam, ingin aku seru sehingga anda mengerti bahawa perjuangan kita adalah dengan menyempurnakan kefahaman umat Islam terhadap Islam itu sendiri. Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya “Sehingga Para PEMUDA Mengerti” sangat menarik untuk kita fahami terutamanya dalam soal politik. Beliau menyebut:

“Setiap orang Islam yang berpandangan tidak mahu masuk campur dalam urusan politik adalah antara dua golongan; sama ada dia tidak memahami Islam, ataupun dia ialah seorang bacul dan pengecut. Kalaulah kita mengikuti pandangan tidak mahu masuk campur urusan politik, kita akan menjadi generasi negatif, dikalahkan, tersilap, tersisih, pengecut, lemah dan mutawakkil (malas berusaha), membiarkan dunia kepada manusia perosak yang akan berterusan menghancurkan, menyebarkan KEZALIMAN di dalam negara (terhadap rakyat sendiri), mengHALALkan segala perkara, dan menafikan kewujudan Tuhan!”

Sheikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyebut lagi:

“Adapun jika kamu yang mewajibkan ke atas dirimu dan orang yang mengikuti kamu agar tidak terlibat dalam bidang politik umum bersama orang Islam yang lain, MEREKA TELAH BERDOSA SEBANYAK DUA KALI: Kali pertama kerana tidak menyertai dan tidak berkerja untuk kerja-kerja politik (memenangkan Islam), kali kedua kerana mereka telah menghalang orang lain menyertai dan bekerja untuk melangsaikan kewajipan mereka.”

Namun di sana, terdapat sebahagian orang Islam masa kini yang berkata, “kami sekarang berada pada zaman Makki (sebelum Nabi berhijrah belum ada negara Islam).” Maksud mereka sekarang peringkat pembentukan dan penyucian, bukannya peringkat peperangan dan penentangan. Kita aman saja macam ini. “Maka tidak perlulah kami terlibat dengan politik memandangkan kami masih di peringkat pembentukan.”

Pendapat ini adalah batil dan tertolak sebanyak dua kali:

1) Pada gambaran mereka yang silap terhadap zaman Makki.

2) Pada gambaran mereka yang silap terhadap Islam itu sendiri.

Aku cuma akan jawab yang satu, kalau mereka yang mendakwa zaman Makki itu zaman pembentukan dan penyucian, bukannya zaman penentangan dan perlawanan ternyata itu sangat silap. Seseorang yang mengikuti sejarah Rasulullah SAW dan sahabat radiyallahu ‘anhum pada zaman Makki, akan mendapati bahawa sekeras-keras peringkat penentangan pemikiran dan akidah adalah pada zaman tersebut!

Kalau bukan begitu, kenapa Nabi yang tercinta terdedah kepada penyakitan? Kenapa Bilal, ‘Ammar, Yasir, Suhaib, dan Sumayyah diseksa?! Mengapa Nabi dan orang-orang yang bersamanya berhijrah ke Madinah?!

Pendek cerita, kerana jihad politik. Wahai pemuda Islam, anda sudah mengerti atau tidak lagi tentang salah faham ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA