Rabu, 15 Mei 2013

#110 - SEJARAH KEMUNCULAN NAMA HAMAS SYUJA`IY

Logo rasmi

Hamas Syuja`iy.

Pada asalnya, kalimah "Hamas" berasal daripada akronim "AMAS" yang merujuk kepada awalan huruf nama saya, Ahmad Muhaimin bin Ahmad Safaruddin. Dahulu, saya menggunakan nama ringkas "Amaslam" (Amas + Islam) sebagai nama rasmi untuk blog peribadi.

Namun begitu, setelah berlalu beberapa masa dan ketika, nama "Amaslam" kedengaran sangat tidak sedap dan pelik untuk dituturkan oleh orang kebanyakan. Oleh hal yang demikian, saya telah bercadang untuk menukarkan nama ringkas atau nama panggilan saya dengan menambah huruf 'H' pada awal perkataan "Amas" dan membuang suku kata "lam" bagi membentuk nama baru: Hamas.

Apa signifikannya huruf 'H' dan nama "Hamas" ini? Awalnya, huruf 'H' itu merujuk kepada perkataan 'Haji' yang jika digabungkan bersama akronim 'Amas' iaitu nama penuh saya, maka jadilah "Haji Ahmad Muhaimin bin Ahmad Safaruddin" sebagai doa kepada diri sendiri agar saya dapat menunaikan haji pada suatu hari nanti. Dari sudut yang lain pula, kalimah "Hamas" juga membawa makna yang tersendiri kerana kalimah tersebut berasal daripada kalimah bahasa Arab "حَمَاس" yang bermaksud "semangat". Jadi, saya berharap agar dengan pemakaian nama ini mampu menjadikan saya terus bersemangat dalam melakukan setiap perkara kebaikan dan meninggalkan segala perkara keburukan.

Baik, bagaimana pula dengan nama "Syuja`iy"?

Sejarah telah mencatatkan bahawa saya tertarik untuk menggandingkan nama "Syuja`iy" ini bersama-sama dengan nama "Hamas" selepas saya mendengar cerita seorang sahabat suatu ketika dahulu bahawa beliau pernah memiliki seorang rakan lama yang bernama "Syujaie". Menurut sahabat saya itu, beliau sangat suka mendengar nama tersebut jika disebut dengan makhraj Arab yang betul dan tepat. Entah bagaimana, hati saya secara automatik pun teruja mendengar nama yang indah seumpama itu.

Lalu, saya berfikir, alangkah bagusnya jika saya dapat menggunapakai nama pena atau nama panggilan "Syuja`iy". Tambahan pula, kalimah "Syuja`iy" juga berasal daripada kalimah Arab "شُجاعِي" yang mempunyai makna indahnya yang tersendiri, iaitu "keberanianku". Jadi, setelah digabungkan kedua-dua perkataan tersebut, maka terbentuklah nama baru yang lengkap: Hamas Syuja`iy (semangat keberanianku). Wew.

Nama ini telah digunakan secara rasmi sebagai nama blog saya, iaitu "Cetusan Hamas Syuja`iy" menggantikan nama yang lama, "Amaslam Mujahid". Hamas Syuja`iy juga menjadi nama pengguna (username) dalam beberapa laman sosial peribadi yang lain. Menarik, bukan?

Begitulah serba sedikit sejarah kemunculan nama Hamas Syuja`iy ini. Sekian untuk subjek Sejarah kita pada hari ini. 😄

---

Di bawah ini disertakan beberapa pautan laman sosial saya. Jemput ziarah!








http://www.youtube.com/c/MuhaiminSafaruddin




Terima kasih! ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA